Pages

Friday 11 November 2016

Turunkan Berat Tanpa Pil



Lupakan jalan pintas untuk turunkan berat badan, terapi yang melibatkan berkoyan-koyan pil yang perlu ditelan atau pembedahan. Tidak semua daripada kita mempunyai kemampuan untuk menjalani terapi atau rawatan tersebut.

Diberikan beberapa tips untuk meningkatkan kadar metabolisme anda dan menurunkan bacaan pada alat penimbang berat.

1. Gunakan Tangga

Kami tidak menyuruh anda naik tangga hingga ke tingkat 24 – mulakan secara pelan-pelan. Anda boleh mulakan dengan satu atau dua tingkat. Siapa tahu, satu hari nanti anda akan menjadi juara berlari naik Menara KL.

2. Pilih untuk Berjalan

Jika anda berbicara tentang menurunkan berat badan dan benar-benar ingin menghilangkan lapisan lemak terkumpul baru-baru ini, anda tiada pilihan lain…Berjalanlah bila ada peluang.

3. Penuhkan Hidup dengan Rempah Ratus

Terdapat laporan yang menyatakan makan makanan berempah boleh meningkatkan metabolisme anda. Terdapat berbagai-bagai rempah daripada lada hitam dan berbagai cili dan sebagainya – samada di pasar, di dalam menu dan makanan tempatan. Jom kita makan makanan berempah.

4. Lakukan Aktiviti Fizikal

Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menjalani aktiviti fizikal. Selain daripada sukan, aktiviti luar rumah atau aktiviti diilhamkan alam semula jadi, ini dia satu cadangan aktiviti yang mempunyai banyak manfaatnya:

Selain daripada dapat membakar lebih 144 kalori sejam, laporan menyatakan bahawa seks juga meningkatkan keyakinan diri, membuat kulit sihat bercahaya dan mempertingkatkan hubungan antara pasangan.

#JomSihat
#SihatSambilBeramal
#BloodTestKtn
#UjianDarah
#MutiaraSynergy

 Mutiara Synergy Consultant 
~Giving The Gift of Life~

2 comments:

  1. Tangga dan berjalan tu memang selalu buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Jadi macam mana tahap kesihatan sekarang?

      Delete