Pages

Friday 11 November 2016

Malaysia Punyai Pesakit Diabetes Keempat Tertinggi


KUALA LUMPUR - Sejumlah 3.5 juta rakyat Malaysia dewasa didapati menghidap diabetes pada 2015, yang merupakan jumlah keempat tertinggi penghidap penyakit itu di Asia.

Apa yang lebih membimbangkan angka itu meningkat secara berterusan sejak 2006 berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan, kata Setiausaha Agung Kehormat Diabetes Malaysia, Datuk Rahimah Ahmad kepada Bernama di sini hari ini.

Pada 2006, 1.9 juta orang dewasa didapati menghidap penyakit ini dan pada 2011 angka itu meningkat kepada tiga juta dan meningkat 500,000 lagi dalam 2015.

"Ia satu angka yang sangat membimbangkan kerana semakin ramai golongan muda menghidap diabetes dan ini akan menjejaskan produktiviti negara. Selain itu kos rawatan bagi penyakit itu juga tinggi," katanya.
Rahimah menggesa supaya perubahan segera dilakukan oleh semua pihak, terutamanya ibu bapa yang menurut beliau mampu membantu anak-anak mereka hidup dengan gaya hidup yang lebih sihat.     

"Kita ada makanan yang enak di sini, saya tahu ia adalah yang paling sukar diubah untuk makanan yang sihat.  Selain makanan, tolong jadikan rutin seharian setiap orang berjalan selama 45 minit sehari," katanya.

Sementara itu, beliau berkata bersempena Hari Diabetes Sedunia yang disambut di seluruh dunia setiap 14 Nov, persatuan itu akan menganjurkan pelbagai program dengan kerjasama beberapa pihak. 
Ini katanya termasuk ceramah, jalan kaki kebajikan, saringan kesihatan dan demonstrasi masakan makanan sihat.

Beliau berkata, seperti tahun-tahun sebelumnya Menara KL di sini akan dipasang lampu bercahaya biru pada Ahad dan Isnin ini sebagai peringatan kepada orang ramai mengenai diabetes. - Bernama



Dipetik dari akhbar Sinar Harian 11 Novermber 2016.
Sumber: Sinar Harian

#JomSihat 
#SihatSambilBeramal 
#BloodTestKtn 
#UjianDarah 
#MutiaraSynergy 

 Mutiara Synergy Consultant 
~Giving The Gift of Life~

0 comments:

Post a Comment