Pages

Saturday 12 November 2016

Remaja Hidap Kanser Tisu



BATU PAHAT - “Semenjak disahkan menghidap kanser tisu awal tahun lalu, saya telah memakan pelbagai jenis ubat yang menelan kos melebihi RM1,000 setiap bulan,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Onn, Nur Jehan Md Yasser, 16. 

Menurutnya, keluarganya juga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi menampung tambang untuk rawatan susulan termasuk kimoterapi di Johor Bahru.

Katanya, dia mula mendapatkan rawatan penyakitnya lebih 10 bulan di mana pada awalnya dia tidak mengalami perubahan yang ketara selain terdapat benjolan kecil di bahagian bahunya.

“Semenjak menyedari terdapatnya benjolan berkenaan, saya telah menjalani rawatan kimoterapi dan menyebabkan badan saya lemah seperti tidak berdaya, dan ianya telah menghalang saya untuk ke sekolah kerana perlu berehat.

“Tiada simptom lain barah kecuali adanya benjolan kecil berkenaan yang semakin hari semakin membesar sehingga membuatkan saya perlu mendapatkan rawatan secara berterusan di hospital,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Nira, ketika Program Ziarah Kasih Umno Bahagian Batu Pahat.

Hadir sama, Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Mohd Zaidi Japar dan Ketua Biro Kebajikan, Mohd Hamidi Mad Tap.

Nur Jehan berkata, doktor menyatakan kanser tisu yang dihidapnya telah memasuki tahap empat justeru dia tidak boleh terputus bekalan ubat.

Menurut Nur Jehan, dia tahu keluarganya terbeban dengan keadaannya memandangkan bapanya hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan, manakala ibunya pula hanya seorang suri rumah yang turut menjaga empat adik masih bersekolah.

“Hanya abang yang sulung sahaja bekerja sebagai Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) dan kebanyakan perbelanjaan ditanggung olehnya.

“Memandangkan kami tinggal Batu Pahat kos perjalan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) mencecah ratusan ringgit setiap minggu,” katanya.

Sementara itu, Zaidi berkata, pihaknya terpanggil untuk menziarahi Nur Jehan selepas mendapat maklumat mengenai keadaan remaja berkenaan.

Katanya, sumbangan berbentuk kewangan turut diberikan bagi meringankan beban Nur Jehan untuk perbelanjaan mendapatkan rawatan lanjut.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh melawat Nur Jehan dan keluarganya di No 10, Jalan Meraga, Taman Nira Batu Pahat atau menghubungi ayahnya Md Yasser Redzuan 010-6664214.

Dipetik dari akhbar Sinar Harian 12 November 2016
Sumber: Sinar Harian

#JomSihat 
#SihatSambilBeramal 
#BloodTestKtn 
#UjianDarah 
#MutiaraSynergy 

Mutiara Synergy Consultant 
~Giving The Gift of Life~

0 comments:

Post a Comment