Kepentingan Menjalani Ujian Darah Komprehensif

Adakah anda tahu apa yang diuji dalam ujian darah komprehensif? Terdapat 70 ujian yang dijalankan. Baca selanjutnya di sini.

MSC Giveaway. Saringan Ujian Darah Percuma

MSC kini mengadakan 'GiveAway' baucer PERCUMA kepada sesiapa yang ingin mendapatkan pemeriksaan kesihatan bersempena dengan Karnival Tahunan yang dianjurkan Lynas dan Majlis Perbandaran Kuantan. Baca selanjutnya di sini.

Barah Yang Hanya Menyerang Wanita

Sistem peranakan wanita tidak terselamat dari ancaman penyakit kritikal seperti barah. Tahukah anda apakah gejala, cara pencegahan dan rawatan penyakit ini? Baca selanjutnya di sini.

Selamat Ulangtahun Yang Pertama.

Mutiara Synergy Consultant baru mengakhiri tahun yang pertama dan kini mencari rakan niaga untuk menyertai kami. Ketahui bagaimana anda dapat menjana pendapatan sampingan bersama kami. Baca selanjutnya di sini.

Apakah Virus Zika?

Kes pertama di dunia dilaporkan berlaku di negara jiran, Singapura. Dan kes pertama di Malaysia dilaporkan berlaku di Sabah. Dimaklumkan bahawa kedua-dua pesakit tidak pernah ke luar negara. Ketahui bagaimana anda boleh mencegah dari dijangkiti virus ini. Baca selanjutnya di sini.

Pages

Saturday 15 October 2016

Turunkan Tekanan Darah Secara Semulajadi Tanpa Ubat



Orang yang mempunyai tekanan darah yang tinggi terdedah kepada risiko mendapat penyakit serius yang lain, seperti serangan sakit jantung, strok, sakit buah pinggang, dan lain-lain. Jadi kuncinya ialah menjaga tekanan darah supaya berada dalam julat yang normal atau <140/90 mm Hg. Penyebab utama kepada tekanan darah tinggi ini pula kerap dikaitkan dengan jumlah kolesterol yang terkumpul di dinding saluran darah arteri dan vena yang menyempitkan saluran darah tersebut. Dalam keadaan serius saluran darah ini boleh tersumbat, maka terjadilah serangan sakit jantung jika ia tersumbat di jantung dan jadi strok jika ia tersumbat di kawasan otak.

Masih banyak lagi orang yang tidak prihatin dengan kepentingan mengetahui bacaan tekanan darah masing-masing. Ada sesetengahnya jarang sekali pergi ke klinik bagi memeriksa tekanan darahnya, tahu-tahu tekanan darah sudah melambung tinggi, yang mana agak sukar untuk diturunkan semula dalam keadaan semulajadi, kecuali dengan makan ubat hospital sepanjang masa. Bagi mengelakkan ini semua, buatlah pemeriksaan tekanan darah secara berkala, sekurang-kurangnya rawatan atau langkah berjaga-jaga dapat dilakukan pada peringkat awal lagi.

Pada peringkat pra-hipertensi (peringkat awal penyakit darah tinggi), rawatan semulajadi masih boleh dilakukan tanpa perlu makan ubat hospital.

Apakah rawatan semulajadi yang dikatakan berkesan ini?

Lesitin (lecithin) dikatakan berupaya menguraikan kolesterol menjadi partikel yang kecil dan ini dapat menghalangnya daripada berkumpul di dinding saluran darah (arteri dan vena). Ini berasaskan kepada sifat semulajadi lesitin yang menjadi sebahagian daripada membran sel, membantu menyebarkan lemak dalam badan dan dapat melindungi organ penting dan arteri daripada mengumpulkan lemak, membantu memperbaiki membran sel, membantu penyerapan tiamin oleh hepa/hati, penyerapan vitamin A oleh usus dan menggalakkan penghasilan tenaga.

Oleh itu, pengambilan suplemen lesitin merupakan salah satu rahsia atau cara bagi mengawal tekanan darah secara semulajadi, tanpa mengambil ubat hospital, bagi mengurangkan tekanan darah tinggi, terutamanya pada peringkat awal. Oleh itu, bagi mereka yang baru di peringkat sempadan darah tinggi, eloklah mengamalkan pengambilan suplemen lesitin ini….. semoga manfaat.

Antara Makanan Yang Menghasilkan Lecithin.
Badan kita tak boleh hasilkan lecithin sendiri. kita mesti dapatkan dari diet harian kita. terdapat 2 sumber yang kita boleh peroleh lecithin ni iaitu dari haiwan dan juga dari tumbuhan.

Sumber haiwan
  • kuning telur,
  • hati,
  • otak,
  • susu,
  • ikan,
  • telur ikan,
  • ayam
  • daging.
Sumber tumbuhan
  • kacang,
  • gandum,
  • avocado,
  • sunflower oil,
  • kacang soya,
  • zaitun
  • kobis.
#JomSihat 
#SihatSambilBeramal
#BloodTestKtn
#UjianDarah
#MutiaraSynergy

 Mutiara Synergy Consultant 
~Giving The Gift of Life~

Friday 14 October 2016

Makanan Berkolestrol Tinggi



Badan gemuk atau kurus, bukanlah penentu mutlak kepada kandungan kolesterol dalam darah kita. Sebenarnya, jenis dan cara memasak makananlah yang menjadi faktor penting dalam menentukan kandungan kolesterol. Selalunya, makanan yang disukai ramai ialah makanan yang banyak mengandungi kolesterol, lemak trans, lemak tepu dan minyak dihidrogen separa kerana rasanya lebih enak dan rangup jika digoreng. Oleh itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan dari masa ke masa bagi menentukan kandungan kolesterol masing-masing. Jika disahkan anda mempunyai paras kolesterol yang tinggi, langkah-langkah sewajarnya perlu diambil, seperti mengurangkan makanan yang banyak kolesterol dan lemak yang berkaitan dengan peningkatan kolesterol seperti minyak trans dan minyak tepu.

Oleh itu, sebelum langkah pembaikan dilakukan, kita perlu tahu jenis-jenis makanan yang mengandungi kolesterol tinggi supaya ia mudah dihindari. Di antaranya makanan tersebut ialah:

1. Kuning telur.
2. Makanan bakar (dalam oven) (seperti pie, kek, biskut, muffin) dan makanan goreng (seperti kentang goreng, ayam goreng, doughnuts, dsb.)
3. Produk tenusu (krim penuh) dan organ dalaman (seperti hati) serta kulit ayam.
4. Mentega dan marjerin yang mengandungi lemak trans dan lemak tepu yang tinggi.

Panduan pengambilan jumlah makanan berkolesterol/lemak yang dicadangkan oleh pakar:

* Orang biasa: < 300 mg kolesterol sehari.
* Orang yang mempunyai penyakit jantung koronari: < 200 mg kolesterol sehari.
* Pengambilan lemak trans sehari: < 1% daripada jumlah pengambilan kalori makanan.
* Pengambilan lemak tepu sehari: < 7% daripada jumlah pengambilan kalori makanan.

#JomSihat
#SihatSambilBeramal
#BloodTestKtn
#UjianDarah
#MutiaraSynergy

 Mutiara Synergy Consultant 
~Giving The Gift of Life~

Thursday 13 October 2016

Khasiat Minyak Kelapa


Selama ini kita telah dimomokkan dengan keburukan dan kemudharatan kesihatan yang disebabkan oleh minyak kelapa oleh orang-orang barat, yang kononnya ini berdasarkan kepada hasil kajian ahli pemakanan mereka, walaupun kita semua tahu bahawa minyak kelapa ini telah digunakan oleh nenek moyang kita sejak berkurun-kurun dulu, tanpa sebarang kemudharatan. Propanganda ini lama-kelamaan termakan juga, sehingga kita lebih memandang tinggi dan mengutamakan minyak masak yang dihasilkan oleh negara barat, seperti minyaksunflower, minyak kacang soya, minyak canola, minyak jagung dsb. sebagai lebih berkhasiat daripada minyak kelapa (produk negara tropika). Minyak kelapa dikatakan menjadi penyebab kepada kandungan kolesterol yang tinggi, seterusnya menyebabkan penyakit darah tinggi dan strok.

Sebaliknya, kajian terkini orang barat juga telah mengenalpasti bahawa minyak kelapa sangat berkhasiat dari segi kesihatan kerana ia mengandungi bahan yang boleh mengubati/merawat penyakit Alzheimer dan Parkinson. Bahan yang banyak terdapat dalam minyak kelapa ialah medium-chain triglycerides (MCTs) and ketone bodies yang dikatakan berupaya merawat Alzheimer dan penyakit saraf yang lain.

Selain itu, minyak kelapa juga didapati dapat mengawal kolesterol, menghindari atherosklerosis dan penyakit kardiovaskular, meningkatkan metabolisme badan, mengurangkan selera makan dan menguatkan sistem imun/pertahanan badan.

Tapi sayang di negara kita sekarang, minyak kelapa agak sukar diperolehi, kecuali yang telah dibuat minyak rambut atau bahan dalam kosmetik, kerana penggunaan minyak kelapa sebagai minyak masak telah diganti oleh minyak kelapa sawit.

#JomSihat
#SihatSambilBeramal 
#BloodTestKtn 
#UjianDarah 
#MutiaraSynergy 

Mutiara Synergy Consultant 
~Giving The Gift of Life~

Wednesday 12 October 2016

Petua Greek: Rahsia Umur Panjang dan Sihat



Tidak dapat dinafikan bahawa ajal dan maut adalah di tangan Allah SWT dan telah ditentukan dari azali lagi. Namun begitu, selagi kita hidup dan bernyawa, kesihatan diri perlu dijaga untuk berikhtiar menghindari penyakit, itupun merupakan salah satu daripada sunnah juga. Kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, sebelum mendapat pelbagai penyakit kronik yang sebahagian besarnya disebabkan oleh makanan, maka lebih baik kita mengambil langkah-langkah atau mengikuti petua-petua berguna yang sudah terbukti berkesan.

Banyak kajian pemakanan yang dijalankan oleh pakar pemakanan menunjukkan cara pemakanan orang Greek dikatakan memberi kesan yang baik terhadap kesihatan dan lebih panjang umur dalam keadaan yang sihat. Cara pemakanan mereka boleh diringkaskan kepada 4 pendekatan iaitu:

1. Banyak menggunakan minyak zaitun sama ada dalam masakan atau dimakan secara segar (bersama sayur-sayuran).
2. Tidur sebentar pada waktu siang (ini pun selari dengan sunnah Nabi SAW yang menyarankan supaya tidur sebentar sebelum waktu zohor, bagi menguatkan dan menyegarkan badan).
3. Minum 1 atau 2 cawan kopi atau teh setiap hari.
4. Banyak makan sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan.

Semua jenis pemakanan ini adalah bagi menghindari penyakit kardivaskular.

Bagi yang mementingkan kesihatan diri, petua yang berguna ini patut diamalkan setiap hari. Semoga kita berada dalam kesihatan yang baik dengan niat untuk mudah mengerjakan amal ibadat kepada Allah SWT.

#JomSihat
#SihatSambilBeramal
#BloodTestKtn
#UjianDarah
#MutiaraSynergy

Mutiara Synergy Consultant
~Giving The Gift of Life~

Tuesday 11 October 2016

Karnival Tahunan, Padang MPK 1 Kuantan



Lynas Malaysia Sdn Bhd dengan Kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan akan menganjurkan Karnival Tahunan di Padang MPK 1 Kuantan pada 29 Oktober 2016.

Sertai kami dan dapatkan saringan kesihatan serendah RM 1 sahaja, di mana setiap kutipan akan disalurkan kepada badan yang berkenaan.

Antara pemeriksaan yang dijalankan;
  • Tekanan Darah
  • Berat Badan Unggul (BMI)
  • Tahap Kesihatan Jantung
  • Tahap Kelancaran Saluran Darah
  • Tahap Imunisasi Badan
  • Tahap Tekanan Mental dan Fizikal
  • Khidmat Nasihat Gaya Hidup Sihat


#JomSihat
#SihatSambilBeramal
#BloodTestKtn
#UjianDarah
#MutiaraSynergy

 Mutiara Synergy Consultant 
~Giving The Gift of Life~

Tips Nak Kuruskan Badan



Ingin kuruskan badan dengan cepat dan mudah? Berikut adalah tips untuk membantu anda kurangkan berat badan di Malaysia.

Diet dan pemakanan.


  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. 
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. 

Senaman
Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
  1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
  2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)
  3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
  4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
  5. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
  6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
  7. Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 6. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). 
  8. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
  9. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
  10. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

#JomSihat
#SihatSambilBeramal 
#BloodTestKtn 
#UjianDarah 
#MutiaraSynergy 

Mutiara Synergy Consultant 
~Giving The Gift of Life~

Kenali Kanser Prostat


Sejak kebelakangan ini semakin ramai orang lelaki yang mendapat kanser prostat, terutamanya di kalangan mereka yang berumur lebih 50 tahun. Lebih 65% lelaki yang mengidap kanser prostat ini berumur lebih 65 tahun. Kanser prostat ini selalunya tidak diketahui sehinggalah ia berada pada tahap akhir yang membahayakan. Jika kanser ini dapat dikesan pada peringkat awal, kebarangkalian kanser ini dapat disembuhkan adalah besar iaitu pada kadar 90% kerana ia belum merebak ke bahagian/organ lain. Oleh itu pengesanan dan rawatan awal kanser ini amat penting.

Kelenjar Prostat

Prostat ialah kelenjar yang terdapat di dalam sistem pembiakan lelaki, terletak betul-betul di bawah pundi kencing dan di hadapan rektum. Kelenjar ini mengelilingi uretra (saluran di antara pundi kencing dan liang di mana air kencing dikeluarkan).

Fungsi utama kelenjar prostat ialah menghasilkan bendalir seminal beralkali yang berwarna putih susu (air mani) bagi membantu sperma yang terkandung di dalamnya dapat hidup lebih lama, dengan cara meneutralkan persekitaran asidik faraj perempuan semasa berlakunya persetubuhan.

Selain itu, kelenjar prostat juga mengandungi enzim (5-alpha- reductase) yang berfungsi menukar hormon testosterone kepada DHT (dihdrotestesterone). Hormon ini lebih kuat daripada testesterone dan ia berfungsi bagi ransangan seksual dan fungsi lain bagi alat jantina lelaki.

Apa itu kanser Prostat?

Kanser prostat ialah pembentukan dan pertumbuhan sel kanser (malignant) di dalam tisu prostat.

Pada peringkat awal, kanser prostat tidak menunjukkan simptom (tanda) tertentu, cuma pengidapnya akan mengalami:

1. Sukar kencing atau sukar berhentikan air kencing.
2. Kencing tak puas.
3. Sakit atau rasa panas semasa keluar air kencing atau air mani, terutamanya pada waktu malam.
4. Kerap kencing tapi aliran air kencing perlahan.
5. Darah dalam air kencing atau air mani.
6. Sakit semasa buang air besar.
7. Sesetengahnya mengalami masalah sembelit.

Jika terdapat tanda-tanda ini, anda perlu berjumpa doktor. Jika tidak dirawat segera, kanser ini akan berkembang sehingga ke peringkat akhir dan merebak ke tulang.

Kanser prostat peringkat akhir akan menunjukkan tanda-tanda seperti:

1. Sakit tulang belakang di bahagian bawah dan tulang pinggul (pelvis), kemungkinan sel kanser telah merebak ke tulang. Jika telah merebak ke tulang, pesakit akan menunjukkan tanda sukar bergerak walaupun hendak melakukan pergerakan yang mudah. Juga sakit di tulang rusuk, abdomen dan paha.
2. Hilang selera makan dan turun berat badan, rasa mual atau muntah selalu.
3. Anemia (kurang sel darah merah).
4. Selalu demam.
5. Badan kelesuan.
6. Bengkak kaki dan di hujung-hujung jari kaki.
7. Lemah atau lumpuh di bahagian kaki.
8. Kulit gatal-gatal.

Cara Rawatan

Kanser prostat peringkat awal boleh disahkan dengan kaedah biopsi jarum halus. Kanser prostat peringkat akhir pula didiagnosis dengan ujian darah dan pemeriksaan rektum. X-ray pundi kencing dan tulang juga digunakan bagi menentukan sama ada kanser telah merebak ke bahagian lain badan atau belum. Selain itu, diagnosis juga dilakukan dengan CT scanning dan magnetic resonance Imaging (MRI).

Umumnya, cara rawatan adalah berbeza antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain kerana ia bergantung kepada keadaan dan tahap kanser tersebut.

#JomSihat
#SihatSambilBeramal
#BloodTestKtn
#UjianDarah
#MutiaraSynergy

Mutiara Synergy Consultant 
~Giving The Gift of Life~

Tips Mencegah Kanser



Setiap orang mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing-masing yang dikenali sebagai sel kanser (onco-cells) yang dikawal oleh gen kanser iaitu Oncogene. Sel ini tidak dapat dikesan dalam ujian biasa sehingga ia membiak tanpa kawalan ke jumlah beberapa ribu juta. Sel-sel ini hanya akan dapat dikesan apabila telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan, dan pada masa itu agak sudah terlewat untuk menghalangnya daripada terus membiak yang akhirnya orang itu dikenali sebagai pesakit kanser.

Kanser adalah penyakit yang sangat digeruni kerana biasanya penyakit ini sukar untuk didiagnosis pada peringkat awal. Oleh itu, eloklah kita mengambil langkah awal untuk mencegah kanser sebagai ikhtiar, sebelum sel kanser yang sedia ada dalam badan diaktifkan oleh bahan karsinogenik yang dimakan atau diambil (terdedah). Semoga kita semua dijauhkan daripada penyakit yang berbahaya ini… amin.

Berikut adalah tips untuk mencegah kanser

Kaedah mencegah kanser

Di negara kita, kanser menjadi pembunuh kedua selepas kemalangan jalan raya. Namun berita baik mengenai kanser, ia boleh dicegah! Berikut adalah garis panduan yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Kanser Amerika Syarikat dan Dana Penyelidikan Dunia untuk Kanser dalam usaha mencegah bahaya kanser.

1. Pilih diet berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang serta kurangkan pengambilan makanan ruji berkanji yang diproses. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan dianggap diet paling baik untuk mencegah kanser. Para pakar membuktikan kandungan vitamin, galian, serat, fitokimia dan sebatian lain dalam sayur-sayuran dan buah-buahan mampu melindungi daripada serangan kanser. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan juga rendah kalori dan ini membawa mencegah kegemukan yang merupakan salah satu punca kanser.

2. Dapatkan berat badan ideal. Elakkan daripada mengalami kekurangan berat badan atau berlebihan berat badan. Ini kerana kegemukan boleh meningkatkan risiko endometrium (membran mukus yang mengalas rahim). Ia juga boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan kanser buah pinggang. Selain itu, elakkan juga kenaikan berat badan mendadak selepas usia 18 tahun kerana ia berisiko besar.

3. Jangan duduk sahaja di tempat kerja. Lakukan ‘latihan ‘ berjalan selama sejam atau senaman seumpamanya setiap hari. Lakukan senaman sekurang-kurangnya sejam. Para pakar menyatakan, aktiviti fizikal yang kerap membantu mencegah kanser kolon, kanser payudara dan kanser paru-paru. Aktiviti fizikal juga membantu mengawal berat badan dan mencegah kanser yang dikaitkan dengan kegemukan.

Kanser kolon

4. Dalam sehari, ambil lima atau lebih hidangan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan makanan begini dapat melindungi daripada banyak jenis kanser seperti paru-paru, kolon, perut, mulut, farinks, esofagus, payudara, hempedu, larinks dan pankreas.


Kanser paru-paru

5. Kurangkan pengambilan makanan dan gula yang diproses. Makan lebih daripada tujuh hidangan yang terdiri daripada pelbagai bijirin, kekacang, tumbuhan berakar dan berubi. Pakar pemakanan menyatakan, bahagian terbesar diet sepatutnya datang daripada makanan ini. Jika diproses secara minimum, makanan seperti bijirin dan nasi, menawarkan lebih banyak serat dan zat makanan penting. Makanan berubi seperti kentang dan keledek, makanan berakar seperti lobak, pula dikaitkan sebagai pelindung kanser. Kekacang pula merupakan makanan kaya protein dan sumber tambahan dalam diet mencegah kanser.



Kanser prostat (lelaki saja)

8. Gunakan minyak sayur-sayuran yang sesuai secara sederhana. Hadkan pengambilan makanan berlemak terutamanya dari sumber haiwan. Diet yang tinggi lemak mendedahkan kepada risiko kanser paru-paru, kolon, payudara dan prostat. Jika ingin menambah lemak dalam makanan, gantikan dengan minyak sayur-sayuran.



9. Kurangkan pengambilan makanan bergaram dan garam dalam hidangan. Gunakan herba dan rempah sebagai bahan perasa. Kandungan garam yang tinggi boleh menyebabkan kanser perut. Di Amerika Syarikat umpamanya, garam dalam diet datang daripada makanan proses seperti sup kering dan sup dalam tin, makanan dingin beku dan makanan berawet yang menjadi sumber makanan utama di banyak tempat.

Kanser serviks (perempuan saja)


10. Jangan makan makanan yang tercemar dengan kulat. Makanan yang tercemar dengan aflatokesin dan mikroorganisma kulat mengundang bahaya kanser hati. Ini mungkin kerana makanan itu disimpan terlalu lama dalam keadaan panas atau lembap atau kerana melebihi tempoh.

11. Simpan makanan yang cepat rosak dalam peti sejuk. Ada kajian membuktikan penyejukan dapat mengurangkan keperluan garam sebagai pengawet dan sekaligus mengurangkan risiko kanser perut.

12. Kurangkan makanan yang disalai. Memadai ambil sekali-sekala makanan(daging atau ikan) yang disalai atas api serta daging yang diawetkan dan diasapkan. Makanan salai terutama daging dan ikan boleh mengakibatkan pengeluaran sebatian heterocyclic aromatic yang boleh menyebabkan kanser. Makanan yang diawetdengan nitrit pula mempunyai nitrosamina yang juga berpotensi menyebabkan kanser. Sebatian lain yang berbahaya akibat pembakaran kayu ditemui dalam makanan yang diasapkan.

13. Bagaimanapun kaedah memasak dengan suhu rendah seperti mengukus, merebus, mereneh, membakar dan memanggang dianggap baik untuk kesihatan.

14. Jangan merokok atau mengunyah tembakau.

15. Tembakau adalah penyebab utama kanser paru-paru dan berkemungkinan menyebabkan kanser mulut, kerongkong dan sistem penghadaman.

16. Tidak perlu diet supplemen bagi yang patuh kepada saranan di atas, anda mungkin tidak perlu lagi makanan tambahan yang kaya beta-karotena, vitamin C dan salenium yang boleh mencegah kanser. Para penyelidik sendiri tidak menyarankan pengambilan supplemen sebagai usaha mencegah kanser kerana supplemen yang menggabungkan pelbagai kombinasi dan dos belum dijamin berkesan. Sebaliknya makanan yang kaya khasiat dan sebatian terutama sekali buah-buahan dan sayur-sayuran lebih digalakkan.

#JomSihat
#SihatSambilBeramal
#BloodTestKtn

Mutiara Synergy Consultant
~Giving The Gift of Life~

Monday 10 October 2016

Kenali Kanser Usus




Kanser kolon (usus besar) di kalangan penduduk Malaysia semakin bertambah sejak kebelakangan ini dan menjadi penyebab kedua bagi kematian oleh kanser. Mengikut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Lokman Hakim Sulaiman, setiap tahun, kira-kira 2,900 rakyat Malaysia, terutama lelaki Cina berusia 50 tahun ke atas, dikesan menghidap kanser kolon (sumber Berita Harian). Ini sesuatu yang amat menakutkan.

Kanser kolon ini terjadi apabila sel abnormal tumbuh di lapisan permukaan dalam kolon atau rektum. Ia bermula dengan polip dan kemudian membesar menjadi sel/tisu kanser.

Selalunya pada peringkat awal, kanser ini tidak menunjukkan sebarang tanda. Jika kanser ini dapat dikesan pada peringkat awal dan dibuang, kemungkinan besar kanser ini dapat diubati dan pengidapnya boleh hidup seperti biasa, tetapi jika ia dikesan pada peringkat lewat, maka kemungkinan ia sembuh adalah tipis. Oleh itu, saringan perlu dilakukan apabila telah melebihi umur 50 tahun. Apabila terdapat tanda-tanda luaran seperti najis berdarah, sakit perut, perubahan habit buang air besar (sembelit atau cirit-birit), turun berat badan dengan agak mendadak, atau keletihan, maka ini menunjukkan tumor telah membesar dan sudah sukar untuk dirawat dengan berkesan.

Oleh itu, langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh pakar bagi mengelakkan risiko mendapat kanser kolon perlu diamalkan, seperti mengambil makanan yang tinggi kandungan fibernya, sayuran dan buah-buahan dengan banyak, kurangkan makan daging merah atau daging diproses atau daging yang dimasak pada suhu yang tinggi (dibakar atas api, salai, bakar dalam oven), banyakkan senaman dan kawal pengumpulan lemak di badan.

#JomSihat
#MutiaraSynergy
#SihatSambilBeramal

Mutiara Synergy Consultant
~Giving The Gift of Life~

Sunday 9 October 2016

Khasiat Taugeh


Tidak semua orang suka makan taugeh. Tetapi bagi yang menggemarinya, tentu anda gembira apabila mengetahui taugeh mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan termasuk untuk awet muda.

Berikut merupakan khasiat taugeh:

1. Cegah Kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

2. Baik Untuk Wanita
Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3. Lebih Subur
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau 'lemak jahat' LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%. 

5. Buang Kotoran
Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

6. Lebih Muda
Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda

#JomSihat
#SihatSambilBeramal
#Taugeh

Mutiara Synergy Consultant
~Giving The Gift of Life~

Saturday 8 October 2016

Kes Virus Zika Kini Di Malaysia


Kes Virus Zika Kini Di Malaysia, 5 Perkara Yang Patut Anda Tahu

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam membuat kenyataan mengesahkan seorang wanita dijangkiti virus Zika setelah melawat Singapura. Wanita berusia 58 tahun itu mula mendapat gejala ruam pada 28 Ogos dan pada 30 Ogos pesakit mendapat rawatan di klinik swasta di Klang sebelum disyaki mempunyai virus Zika.

Ini komennya:
“Selepas dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 30 Ogos, wanita itu disahkan positif virus Zika hasil pemeriksaan ujian air kencing, manakala ujian darah masih menunggu keputusan”

“Kes ini adalah yang pertama dilaporkan di Malaysia dan setakat ini wanita itu dalam keadaan stabil,”

Ini merupakan info penting tentang virus Zika ini yang perlu anda tahu:

1. Apakah Virus Zika?

Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV). Ia tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.

Gejala dan tandanya sama seperti demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.

Di Brazil, ia dilapor terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly) atau otak kecil dan buat masa ini belum lagi diketahui penyebab sebenar kejadian tersebut.

2. Bolehkah Jangkitan Zika Dirawat?

Pada masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika.

Menurut WHO, mereka yang dijangkati dinasihati untuk minum air dengan kuantiti yang banyak serta merawat kesakitan badan serta demam dengan ubat-ubatan yang biasa.

3. Bagaimanakah Ia Merebak?

Disebarkan melalui nyamuk aedes – dan ianya bergantung kepada spesis.

Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.

Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.

Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

Di Malaysia, sememangnya banyak nyamuk Aedes yang boleh menyebarkan virus ini.

4. Siapa Berdepan Risiko Paling Tinggi?

Bayi dalam kandungan paling berisiko tinggi jika ibunya dijangkiti virus Zika.

Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly (kepala kecil) disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

5. Langkah-Langkah Pencegahan

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikemukakan oleh KKM:

-Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu
-Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh
-Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran.

Semoga kita semua terhindar dari penyakit virus Zika ini.

#JomSihat
#SihatSambilBeramal
#BloodTestKtn
#UjianDarah
#MutiaraSynergy

Mutiara Synergy Consultant
~Giving The Gift of Life~

Kuruskan Badan Dengan Lemon dan Epal


Cara Kuruskan Badan Dengan Lemon dan Epal.
Semua orang ingin cantik, sihat dan langsing. Bak kata orang ingin badan yang kurus dan bertenaga. Di sini ada petua mudah untuk melangsingkan badan.

CARA SUSUTKAN BERAT BADAN.

1. Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus). 

Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, tidak boleh disulam dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.

2. Makan pula buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.

Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu. Selamat Mencuba.

#BloodTestKtn
#JomSihat
#EpalHijau
#Lemon

Mutiara Synergy Consultant
~Giving The Gift of Life~

Khasiat Buah Avokado


KHASIAT BUAH AVOKADO

Pernah anda mendengar mengenai buah pir buaya, pir agovago atau abogado? Pastinya nama ini cukup asing, namun apabila disebut avokado, buah berkulit hijau pekat dan sedikit menggerutu itu pasti tergambar jelas dalam ingatan.

Lebih mengujakan, avokado yang mempunyai banyak nama mengikut panggilan setempat dikenali sebagai apokat di Indonesia dikatakan ditemui pada zaman Aztecs di Peru, kemudian dibawa ke Eropah, khususnya Australia sekitar tahun 1840.

Kini avokado melata kehadirannya di seluruh dunia, tapi ia tidak begitu meluas penggunaannya di dapur suri rumah di Malaysia mungkin kerana tidak begitu mengetahui khasiat mahu pun manfaatnya berbanding buah import lain.

Kenyataannya, di sebalik fizikal avokado yang menggerutu itu, tersembunyi seribu kebaikan untuk kesejahteraan kesihatan manusia kerana avokado buah unik, kaya zat dan penuh khasiat walaupun rasanya mungkin agak susah diterima ramai di sini kerana tidak begitu lazim digunakan dalam menu seharian.

Pakar hortikultur Australia, Jodie Campbell, berkata avokado mempunyai banyak khasiat tertentu yang sangat diperlukan oleh badan.

Ia mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.

"Avokado tinggi serat, sumber utama asid folik, yang mana asid folik mengurangkan risiko penyakit jantung dan dalam sesetengah kes, mengurangkan barah," katanya pada majlis A Taste of Australian Avocados di Kolej Hospitaliti Universiti Berjaya, baru-baru ini.

Campbell yang bertugas dengan Supply Chain Innovations di Queesnland, Australia berpengalaman dalam bidang sains pertanian ini menjelaskan avokado juga bersifat kaya dengan lemak tidak tepu yang boleh menyumbang kepada kerendahan kandungan kolesterol dalam badan.

Avokado juga, katanya, mengandungi glutathione, bahan antioksidan yang menghalang pelbagai jenis karsinogen dalam badan serta mempunyai potasium yang bermanfaat untuk rawatan artvitis dan haemorrhoids.

"Kajian dilakukan di Pusat Perubatan Wesley Brisbane menyatakan pengambilan separuh daripada avokado setiap hari selama sebulan boleh membantu menurunkan berat badan dan mencapai tahap kolesterol yang rendah," katanya.

Pelbagai resipi boleh dimanfaatkan daripada avokado asalkan anda rajin dan bijak mencuba kerana avokado buah sihat, boleh dimakan dengan pelbagai cara mahupun menu. Sama ada disediakan dalam bentuk jus atau salad, avokado kekal berkhasiat untuk tubuh badan manusia.

Selain itu, avokado juga enak dijadikan inti sandwic atau dimakan dengan sushi lantaran rasanya yang lemak dan bersari. Ia juga baik untuk bayi kerana tersedia zat bersesuaian untuk tumbesaran si kecil.

Tentang Avokado

* Jika teringin membeli avokado, pastikan anda memilih buah yang kulitnya berwarna gelap kerana ia sudah boleh dimakan.

Pilih avokado yang disusun di bahagian paling hadapan.

* Jangan cucuk atau picit avokado menggunakan hujung jari, sebaliknya jika anda ingin mengetahui isinya sudah lembut, anda boleh mengepal avokado dengan tapak tangan.

* Avocado enak dijadikan jus, salad atau dimakan dengan manisan.

* Isi avokado juga boleh dijadikan sos atau bahan pemekat dalam kuah.

#JomSihat
#Avokado
#SihatSambilBeramal

MutiaraSynergyConsultant
~Giving The Gift Of Life~

Thursday 6 October 2016

Senaman Kardiovaskular Dan Manfaatnya


Senaman kardiovaskular

Senaman kardiovaskular juga di kenali sebagai latihan cardiorespiratory atau panggil `kardio' adalah bentuk senaman yang meningkatkan denyutan jantung untuk kepenggunaan oksigen oleh badan.

Senaman kardio membabitkan pergerakan yang boleh meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru kita. Sama ada ia berjalan semasa membeli-belah atau berenang jauh, ia masih dianggap sebagai senaman kardio.

Ia adalah sebahagian besar daripada komponen kecergasan yang membantu anda untuk mendapatkan bentuk badan, membuat kita sihat, menurunkan berat badan atau mengekalkannya, menurunkan kadar kolesterol dan membantu mencegah penyakit lain.

Wednesday 5 October 2016

Pembunuh Paling Utama Di Dunia




Penyakit kardiovaskular (termasuk serangan jantung dan strok) adalah pembunuh terbesar di dunia. 75% punca kematian yang disebabkan oleh serangan jantung dan strok berlaku di negara yang membangun. Kita boleh mengurangkan risiko dengan:
- Pemakanan sihat
- Aktiviti fizikal
- mengelakkan diri dari asap rokok
- Mengelakkan pengambilan alkohol


MUTIARA SYNERGY CONSULTANT
~Giving The Gift Of Life~

Monday 3 October 2016

Kompleks Tun Razak, Indera Mahkota



PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA di KOMTUR

Tarikh : 26hb-27hb Sept 2016
Masa : 9am - 3pm
Tempat : Kompleks Tun Razak IM Kuantan

Terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama. Hampir 80 org mendapat pemeriksaan kesihatan di sini. Semoga dengan pendedahan ini dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan di dalam diri setiap individu. 

#KomturFreeHealthTest

MUTIARA SYNERGY CONSULTANT
"Giving the Gift of Life"

Kulliah Dhuha UAI di De Rhu Beach Resort


PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA (part 1) SEMPENA KHULIAH DHUHA UAI - DHE RHU BEACH...

Tarikh : 1hb Oct 2016
Masa : 7.30am - 1pm
Tempat : Dhe Rhu Beach Resort (LKPP) Balok

Terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama ....Terutama kepada Ustaz Azhar Idrus yg amat Sporting serta kakitangan LKPP & jutaan terima kasih juga kpd En Abd Halim (PIC) yg memberi ruang kpd kami untuk membuat Free Health Test hr ini... lebih 60 org mendapat pemeriksaan PERCUMA pd hr ini... 
#FreeHealthTest

Kami mensasarkan 1juta org mendapat PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA dr kami menjelang 2020.. #JomBuatSaringanKesihatanPercuma

MUTIARA SYNERGY CONSULTANT
"Giving the Gift of Life"

Sunday 2 October 2016

Tips Kurus Secara Percuma



KEKAL KURUS & SIHAT TANPA KOS.....

#JomSihat   

Seperti semua tahu, semua orang mahu sihat.

Tidak perlu berbelanja mahal beli alatan gim, buat kolam renang dan sebagainya.

Apa yang perlu cuma mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat.

Kali ini saya nak share sedikit petua dan cara kekal kurus dan sihat dengan cara yang murah dan mudah tetapi berkesan.

1. Senaman Berterusan

Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan.

2. Tidur Awal

Tidur tidak tentu, lambat laun boleh mendatangkan mudarat. Jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.