Pages

Saturday 8 October 2016

Kes Virus Zika Kini Di Malaysia


Kes Virus Zika Kini Di Malaysia, 5 Perkara Yang Patut Anda Tahu

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam membuat kenyataan mengesahkan seorang wanita dijangkiti virus Zika setelah melawat Singapura. Wanita berusia 58 tahun itu mula mendapat gejala ruam pada 28 Ogos dan pada 30 Ogos pesakit mendapat rawatan di klinik swasta di Klang sebelum disyaki mempunyai virus Zika.

Ini komennya:
“Selepas dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 30 Ogos, wanita itu disahkan positif virus Zika hasil pemeriksaan ujian air kencing, manakala ujian darah masih menunggu keputusan”

“Kes ini adalah yang pertama dilaporkan di Malaysia dan setakat ini wanita itu dalam keadaan stabil,”

Ini merupakan info penting tentang virus Zika ini yang perlu anda tahu:

1. Apakah Virus Zika?

Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV). Ia tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.

Gejala dan tandanya sama seperti demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.

Di Brazil, ia dilapor terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly) atau otak kecil dan buat masa ini belum lagi diketahui penyebab sebenar kejadian tersebut.

2. Bolehkah Jangkitan Zika Dirawat?

Pada masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika.

Menurut WHO, mereka yang dijangkati dinasihati untuk minum air dengan kuantiti yang banyak serta merawat kesakitan badan serta demam dengan ubat-ubatan yang biasa.

3. Bagaimanakah Ia Merebak?

Disebarkan melalui nyamuk aedes – dan ianya bergantung kepada spesis.

Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.

Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.

Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

Di Malaysia, sememangnya banyak nyamuk Aedes yang boleh menyebarkan virus ini.

4. Siapa Berdepan Risiko Paling Tinggi?

Bayi dalam kandungan paling berisiko tinggi jika ibunya dijangkiti virus Zika.

Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly (kepala kecil) disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

5. Langkah-Langkah Pencegahan

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikemukakan oleh KKM:

-Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu
-Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh
-Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran.

Semoga kita semua terhindar dari penyakit virus Zika ini.

#JomSihat
#SihatSambilBeramal
#BloodTestKtn
#UjianDarah
#MutiaraSynergy

Mutiara Synergy Consultant
~Giving The Gift of Life~

0 comments:

Post a Comment