Pages

Monday 12 September 2016

Ujian Darah Komprehensif

Bilakah Kali Terakhir Anda Menjalani Ujian Darah Komprehensif?
Sejauh Mana Anda Menyedari Kepentingan Ujian Saringan Kesihatan?


APAKAH YG DILAKUKAN DALAM UJIAN DARAH?

*1) KIRAAN DARAH KESELURUHAN*

Ia dilakukan untuk mengetahui kiraan darah keseluruhan anda, paras gula (glukosa), kandungan lipid (kolesterol), fungsi hati dan buah pinggang anda.

Dalam ujian ini, tiga perkara diukur iaitu kiraan sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Ujian ini penting untuk mengetahui kiraan sel darah merah anda (terutama hemoglobin) yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh organ dan badan.

Ia juga penting,terutama wanita yang mengalami masalah anemia (kurang sel darah merah), kerana mereka tidak menyedarinya. Bagi individu anemia, keadaan boleh menjadi lebih buruk jika mereka tidak mendapat makanan berkhasiat dan ketika haid.



*2) PARAS GULA (GLUKOS)*

Manakala, untuk ujian ini anda perlu berpuasa selama 10 jam bermula dari jam 10 malam. Paras gula dalam darah yang normal ialah kurang daripada 5.6 milimol/liter. Jika keputusan anda menunjukkan lebih 7 milimol/liter, ia menandakan anda menghidap kencing manis.

Paras antara 5.6 hingga 6.9 menunjukkan seseorang itu berisiko dan berpotensi mendapat kencing manis dalam masa terdekat jika langkah penjagaan tidak diambil segera.

*3) PROFIL KOLESTEROL*

Ujian ini juga memerlukan anda berpuasa 10 jam. Paras kolesterol keseluruhan mesti kurang daripada 5.2 milimol/liter. Paras HDL yang normal ialah lebih 1.3 milimol/liter (bagi lelaki) dan 1 milimol/liter bagi wanita.

Paras LDL pula sedikit berbeza mengikut tahap kesihatan seseorang. Bagi individu normal, paras LDL mesti kurang daripada 3.4 milimol/liter. Jika seseorang itu menghidap kencing manis, tahap LDL normal ialah kurang daripada 2.6 milimol/liter.

Jika dia menghidap kencing manis dan mempunyai masalah jantung (termasuk pernah mengalami serangan jantung, menjalani angioplasti atau pembedahan pintasan jantung), paras LDL mesti kurang daripada 1.8 milimol/liter.

*4) UJIAN FUNGSI HATI*

Antara perkara yang diperhatikan dalam ujian ini ialah paras protein (albumin), bilirubin dan beberapa enzim hati seperti ALT, AST dan GGT. Paras bilirubin diukur untuk mengetahui seseorang itu mempunyai cukup ‘bahan’ untuk menghasilkan sel darah baru.

Paras enzim hati akan meningkat jika seseorang itu mengalami jangkitan virus Hepatitis A, B dan C; minum banyak minuman beralkohol, pengambilan ubat dan masalah hati berlemak.

Masalah hati berlemak perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menyebabkan kerosakan hati. Empat faktor boleh menyebabkan masalah hati berlemak iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi dan berlebihan berat badan atau obesiti.

*5) FUNGSI BUAH PINGGANG (PROFIL RENAL)*

Ukuran elektrolit (garam galian darah) seperti sodium, potassium, klorida, kalsium dan fosfat akan diambil. Ia untuk menentukan seseorang itu mempunyai cukup garam galian dalam badan.Ujian ini juga menguji kehadiran urea dan kreatinin untuk mengetahui fungsi penapisan yang dilakukan buah pinggang

Dua punca yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang adalah kencing manis dan tekanan darah tinggi. Hampir 90 peratus kerosakan buah pinggang disebabkan dua penyakit ini, manakala 10 peratus lagi berpunca daripada masalah buah pinggang itu sendiri.

6) *UJIAN TAMBAHAN BAGI MENGESAN SEL AKTIF KANSER*

Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.

Sel kanser adalah normal di dalam badan.Tubuh kita terdiri daripada trilion sel hidup. Sel-sel badan yang normal berkembang, berpecah untuk membuat sel-sel baru, dan mati dengan cara yang teratur. Pada tahun-tahun awal kehidupan seseorang, sel-sel normal berpecah dengan lebih cepat untuk membolehkan mereka membesar. Setelah seseorang itu menjadi dewasa, kebanyakan sel berpecah hanya untuk menggantikan sel rosak, sel mati atau untuk membaiki kecederaan.

MUTIARA SYNERGY CONSULTANT
"Giving The Gift Of Life"

0 comments:

Post a Comment