Pages

Sunday 11 September 2016

Teh Tarik

Teh Tarik = 100 Gram Kolesterol 😱!!!



Minuman ☕ popular di negara ini..siapa yang tak pernah minum teh tarik seumur hidup mereka ❓

Rakyat Malaysia telah sinonim dengan 'kedai kopi, 'mamak stall' dan sebagainya...'. Kalau pergi ke kedai mamak atau gerai-gerai di tepi jalan, pilihan utama kita atau rakan-rakan adalah teh tarik. Jika ada yang mahu minuman sejuk, mereka pesan teh ais 🍺.
Teh tarik ☕ atau teh ais 🍺sama saja dari segi komplikasinya. Ia ditambah susu pekat manis sebagai pelazat minuman. Tanpa susu, ia tidak digelar teh tarik. Susu pekat manis inilah sebenarnya mengandungi gula yang tinggi serta kolesterol tidak baik. Apabila meminumnya, biasanya tekak kita akan terasa seperti mempunyai kahak atau mukus. Bagi yang sudah biasa minum teh tarik, mungkin ia tidak terasa atau sudah lali dengan keadaan itu malah menganggap ia perkara biasa kesan meminum susu.
Sejak dr kecil kanak-kanak diajar bersarapan dengan roti keju, mentega, nasi lemak, donat dan minum susu. Semuanya mengandungi kolesterol yang tinggi. Akhirnya, pada lingkungan umur 30-an, kita akan memiliki kadar kolesterol yang sama dengan kolesterol yang terdapat dalam beribu-ribu potongan daging. Tidak hairan penyakit jantung masih pembunuh nombor satu di Malaysia. Tiada jawapan lain yang lebih muktamad dari itu.

Pengeluar susu dari syarikat tempatan mahupun syarikat asing berterusan membuat iklan dan propaganda mengatakan susu itu baik untuk kesihatan & tanpa kolestrol. Malah perkataan Teh Tarik sudah dipopularkan pada label tin susu keluaran mereka - demi menggalakkan orang ramai meminum teh tarik. Padahal tahap gula yang tinggi dalam susu pekat adalah sama dengan minuman berkarbonat! Apalah bezanya minuman berkarbonat dengan susu pekat manis?

Jika anda pernah berbual bersama atlit atau penyanyi - mereka akan cuba mengelak dari meminum susu kerana mereka tahu susu menyebabkan kehadiran mukus. Ia mengakibatkan para ahli sukan tidak dapat mencapai prestasi yang optimum, penyanyi tidak dapat mengawal suara dengan baik dan lancar. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan serangan asma, suatu reaksi alergik terhadap susu.

Sebagai pilihan lain untuk menggantikan teh tarik dan susu pekat, anda boleh mendapatkan bekalan susu segar, tetapi susu segar yang organik biasanya sukar diperolehi di kawasan bandar. Susu yang diperah dari lembu yang diternak di ladang ternakan secara besar-besaran (lembu tenusu) semuanya disuntik dengan hormon bovin yang dihasilkan dari kejuruteraan genetik, yang merangsang ternakan untuk menghasilkan lebih banyak susu dari kadar biasa.

MUTIARA SYNERGY MALAYSIA
"Giving The Gift Of Life"

0 comments:

Post a Comment