KEKAL KURUS & SIHAT TANPA KOS.....
#JomSihat
Seperti semua tahu, semua orang mahu sihat.
Tidak perlu berbelanja mahal beli alatan gim, buat kolam renang dan sebagainya.
Apa yang perlu cuma mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat.
Kali ini saya nak share sedikit petua dan cara kekal kurus dan sihat dengan cara yang murah dan mudah tetapi berkesan.
1. Senaman Berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan.
2. Tidur Awal
Tidur tidak tentu, lambat laun boleh mendatangkan mudarat. Jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.
3. Makan Lebih Sayur, Kurangkan Daging Merah, Gula dan Garam
Dengan mengamalkan pemakanan yang sihat sekaligus akan menyebabkan semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.
4. Jangan Tinggalkan Makan Pagi
Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam.Ini menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.
5. Makan Hidangan Lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.
6. Jangan Berlapar
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan.
7. Elakkan Tekanan
Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit.
8. Selalu Basuh Tangan
Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan.
9. Pemeriksaan Kesihatan Berjadual
Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman.
Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual. MSC menganjurkan Pemeriksaan Kesihatan berkala secara PERCUMA (018-9030400).
Penutup
Sebenarnya tak susah nak sihat.Hanya kadang-kadang kita perlu lebih bijak dalam mengawal nafsu, menggunakan sedikit akal dan kekal pada sesuatu rutin.
Semuanya bergantung kepada kita.
MUTIARA SYNERGY MALAYSIA
"Giving The Gift Of Life"
0 comments:
Post a Comment