Pages

Thursday 8 September 2016

Adakah Anda Sihat?

ADAKAH SAYA SIHAT ???

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau ketidakupayaan.
Anda boleh membuat beberapa ujian atau saringan untuk mengetahui adakah anda sihat atau tidak. 

Apakah itu ujian saringan?
Ujian saringan adalah ujian atau penilaian untuk mengesan awal penyakit atau keadaan luarbiasa bagi memudahkan rawatan.

Sebagai contoh, sekiranya jika kita dapat mengesan lebih awal penyakit darah tinggi atau kencing manis, kita boleh mengawal keadaan tersebut untuk mengelakkan komplikasi seperti angin ahmar dan serangan jantung.


Untuk menilai kesihatan fizikal, anda dinasihatkan untuk membuat ujian saringan berikut:


1. Body Mass Index (BMI) = Kegemukan (Obesiti)

2. Blood Pressure (BP) = Tekanan Darah Tinggi/Rendah

3. Glucose = Kencing Manis

4. Cholestrol = Paras kolesterol dalam darah

5.Cancer = Payudara/pangkal rahim (wanita), manakala prostat (lelaki)

Mengapakah saya harus membuat ujian saringan untuk keadaan tersebut?
Penyakit jantung, angin ahmar dan kanser (barah) dikelaskan sebagai penyakit utama yang boleh membawa MAUT.

Kegemukan, darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol yang tinggi adalah faktor risiko yang utama untuk penyakit jantung dan angin ahmar. Mengawal keadaan tersebut boleh mengelakkan atau mengurangkan kadar kejadian serangan jantung dan angin ahmar.

Kanser payudara dan kanser pangkal rahim boleh dirawat jika dikesan awal. Ia adalah jenis kanser utama dikalangan kaum wanita di Malaysia.

Ketahui 4 jenis Saringan Kesihatan PERCUMA & 43 jenis Saringan Pemeriksaan Kesihatan dgn hanya RM6.30/sehari.

MUTIARA SYNERGY MALAYSIA
"Giving The Gift Of Life"

1 comment:

  1. Blog saya tak dpt berkomunikasi mcm tuan punya ni. Boleh bantu saya??

    Nama Blog saya: jalandanumrah.blogspot.com

    ReplyDelete