Kepentingan Menjalani Ujian Darah Komprehensif

Adakah anda tahu apa yang diuji dalam ujian darah komprehensif? Terdapat 70 ujian yang dijalankan. Baca selanjutnya di sini.

MSC Giveaway. Saringan Ujian Darah Percuma

MSC kini mengadakan 'GiveAway' baucer PERCUMA kepada sesiapa yang ingin mendapatkan pemeriksaan kesihatan bersempena dengan Karnival Tahunan yang dianjurkan Lynas dan Majlis Perbandaran Kuantan. Baca selanjutnya di sini.

Barah Yang Hanya Menyerang Wanita

Sistem peranakan wanita tidak terselamat dari ancaman penyakit kritikal seperti barah. Tahukah anda apakah gejala, cara pencegahan dan rawatan penyakit ini? Baca selanjutnya di sini.

Selamat Ulangtahun Yang Pertama.

Mutiara Synergy Consultant baru mengakhiri tahun yang pertama dan kini mencari rakan niaga untuk menyertai kami. Ketahui bagaimana anda dapat menjana pendapatan sampingan bersama kami. Baca selanjutnya di sini.

Apakah Virus Zika?

Kes pertama di dunia dilaporkan berlaku di negara jiran, Singapura. Dan kes pertama di Malaysia dilaporkan berlaku di Sabah. Dimaklumkan bahawa kedua-dua pesakit tidak pernah ke luar negara. Ketahui bagaimana anda boleh mencegah dari dijangkiti virus ini. Baca selanjutnya di sini.

Pages

Thursday 17 November 2016

Mengesan Tanda-Tanda Kanser Umum


Bimbang tentang sakit pelik yang berterusan di abdomen anda, satu ketulan luar biasa, atau rasa keletihan amat sangat? Sesetengah jenis kanser mempunyai tanda-tanda tertentu, manakala yang lain mungkin mempunyai tanda sama seperti penyakit biasa seperti selsema. Semua tanda ini mungkin kelihatan seperti kecil, tidak berbahaya, tetapi apabila diambil kira secara bersama ia boleh mengarah kepada kanser.

Tanda-Tanda Kanser: Tanda Amaran Untuk Lelaki

Banyak jenis kanser, termasuk kanser prostat, tidak menunjukkan tanda-tanda atau simptom pada peringkat awal. Jika anda berisiko tinggi mendapat kanser prostat – sebagai contoh, jika anda berketurunan Afrika-Amerika atau mempunyai ahli keluarga yang mendapat penyakit ini – anda perlu berbincang dengan doktor anda tentang mendapatkan ujian antigen khusus prostat (PSA). Tahap PSA yang tinggi mungkin menunjukkan kanser. Tanda-tanda amaran lain yang menunjukkan sesuatu mungkin tidak kena termasuk sakit tulang, bengkak kaki dan masalah membuang air kecil.

“Tanda yang paling biasa untuk lelaki adalah perubahan dalam [kencing] mereka,” kata Michael Fisch, MD, PhD, ketua jabatan onkologi umum Pusat Kanser MD Anderson, Universiti Texas di Houston.

Lelaki perlu memberi perhatian jika mereka mempunyai masalah membuang air kecil atau mereka mempunyai aliran air kencing yang lemah, “terutamanya jika perubahan tersebut berlaku dengan cepat dalam tempoh beberapa minggu,” tambah Dr Fisch. Walaupun perubahan ini mungkin menunjukkan tanda-tanda pembesaran prostat, dan bukan kanser prostat, “anda tidak tahu sehingga anda menjalani pemeriksaan,” Fisch mengingatkan.

Tanda-Tanda Kanser: Tanda Amaran Untuk Wanita

Kanser payudara adalah kanser yang paling biasa wanita hadapi. Pemeriksaan sendiri payudara boleh mengesan ketulan luar biasa, yang perlu diambil serius, kata Fisch. Bila-bila masa anda berasa tidak normal, benjolan atau ketulan pada payudara, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan payudara. Mamogram atau lain-lain ujian pengimejan juga mungkin diperlukan untuk menentukan penyebabnya.
Tanda Kanser: Kesakitan

“Jenis tanda-tanda yang paling biasa yang membawa orang ramai untuk diagnosis kanser adalah kesakitan – rasa kesakitan yang tidak normal,” kata Fisch. Tetapi ia boleh menjadi sukar untuk membezakan antara sakit kanser dan sakit biasa kerana rasa sakitnya sama – sesuatu yang kita sering rasakan di sepanjang kehidupan kita. “Ia adalah sebahagian daripada pengalaman biasa kita untuk mengalami sakit sekarang dan seterusnya,” kata Fisch.

Bagaimana anda tahu perbezaan di antara sakit biasa dengan kesakitan yang kemungkinannya adalah tanda kanser? “Idenya adalah untuk cuba memberi perhatian kepada kesakitan yang lebih teruk atau lebih kerap dari masa ke masa berbanding dengan apa yang anda jangkakan berdasarkan pengalaman biasa anda,” kata Fisch.

Tanda yang kesakitan yang dialami mungkin disebabkan oleh kanser:
  • Ia tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu yang khusus, seperti kecederaan atau terlebih melakukan aktiviti fizikal
  • Ia berulang dan tidak bertambah baik
  • Ia adalah serius
  • Ia mengganggu tidur
  • Ia datang dengan tanda-tanda kecil yang lain
Tanda Kanser: Keletihan dan Penurunan Berat Badan

Rasa letih yang luar biasa tanpa dapat ditentukan puncanya – anda mendapat tidur yang cukup, tidur dengan baik, dan tidak sakit – adalah satu lagi tanda amaran bahawa kanser mungkin menyerang badan anda. Rasanya keletihan seakan-akan sama dengan selsema, catat Fisch, tetapi tanpa tanda-tanda selsema yang lain.

Bagi penurunan berat badan, jika anda berdiet dan berat badan turun dengan perlahan-lahan, contohnya satu paun atau dua seminggu, ini mungkin sesuatu yang ingin diraikan. Tetapi jika berat badan turun dengan cepat atau tanpa banyak usaha, ia boleh mungkin tanda amaran. Berat badan yang turun terlalu mudah atau terlalu cepat boleh menjadi tanda kanser, kata Fisch.
Tanda-Tanda Kanser: Gabungan Kesemuanya

Secara sendirian, tanda-tanda tersebut mungkin sukar untuk dilihat dan bahkan mungkin bukan sesuatu yang harus dibimbangkan. Tetapi jika anda melihat beberapa tanda amaran kecil – penurunan berat badan mungkin tidak dijangka, perasaan penat atau keletihan, atau mengalami kesakitan yang aneh – ia mungkin menunjukkan bahawa yang terbaik adalah untuk mendapatkan doktor bagi pemeriksaan. Kata Fisch, ini adalah sangat penting untuk mereka yang sudah tahu bahawa mereka mempunyai risiko untuk kanser tertentu, sama ada kerana sejarah keluarga, gaya hidup, atau umur.

Anda tidak perlu menjadi paranoid tentang setiap penyakit atau kesakitan kecil, tetapi anda perlu mendengar badan anda. Jika anda mendengar dengan cukup teliti, anda boleh menangkap tanda-tanda awal kanser sebelum kerosakan sebenar berlaku.

Sumber: Kesihatan.biz

#JomSihat 
#SihatSambilBeramal 
#BloodTestKtn 
#UjianDarah 
#MutiaraSynergy 

Mutiara Synergy Consultant 
~Giving The Gift of Life~

Tuesday 15 November 2016

Tips Kurangkan Stress




Kurangkan Stres Dengan 3 Langkah Mudah

Adakah hidup anda dikuasai oleh stres? Tuntutan tugas di tempat kerja, tugas di luar tempat kerja, kemajuan teknologi yang memaksa kita sentiasa terlibat, dan banyak lagi lencongan lain membuat kita tidak punyai banyak masa untuk berehat dewasa ini.

Monday 14 November 2016

Apakah Kanser?


Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.

Sel Normal Di Dalam Badan
Tubuh kita terdiri daripada trilion sel hidup. Sel-sel badan yang normal berkembang, berpecah untuk membuat sel-sel baru, dan mati dengan cara yang teratur. Pada tahun-tahun awal kehidupan seseorang, sel-sel normal berpecah dengan lebih cepat untuk membolehkan mereka membesar. Setelah seseorang itu menjadi dewasa, kebanyakan sel berpecah hanya untuk menggantikan sel rosak, sel mati atau untuk membaiki kecederaan.

Bagaimana Kanser Bermula
Kanser bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.

Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan tidak aktif. Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Mereka yang tindakbalas sistem imunnya tidak berfungsi dengan baik berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi.

Masalahnya adalah semakin hari semakin lemah sistem imun kita. Kita tidak dapat lari daripada keadaan yang melemahkan sistem imun seperti pencemaran udara, racun perosak, bahan tambahan dalam makanan, kekurangan nutrien, stres dan lain-lain. Justeru kita perlu meningkatkan pertahanan imun semula jadi kita untuk melindungi diri kita daripada kanser.

"Untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang, ia perlu mengalahkan pertahanan sistem imun anda. Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser." Dr. John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika.
Bagaimana Sel Kanser Merebak

Sel kanser sering berjalan ke bahagian-bahagian badan yang lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk tumor baru. Ini berlaku apabila sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau saluran limfa badan. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.

Jenis Kanser
Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju. Jenis yang paling biasa adalah kanser prostat, paru-paru dan kanser payudara. Jenis lain adalah kanser hati, kolon atau kolorektal, kanser, pundi kencing, ovari, endometrium, tulang, kanser kulit dan leukemia.

Penyakit ini akan dinamakan mengikut di mana ia bermula. Sebagai contoh, yang bermula di kolon akan dikenali sebagai kanser kolon. Jika ia telah merebak ke hati, ia dipanggil kanser kolon metastatik, bukan kanser hati. Dalam kes ini, sel kanser yang diambil dari hati akan sama dengan yang terdapat di dalam kolon.

Tumor yang Bukan Kanser
Tumor adalah satu ketulan yang tidak normal atau pengumpulan sel-sel, tetapi tidak semua ketumbuhan adalah kanser. Tumor yang bukan kanser dipanggil benigna. Tumor benigna boleh menyebabkan masalah - ia boleh tumbuh dengan besar dan menekan organ-organ dan tisu-tisu yang sihat. Tetapi ia tidak boleh menyerang tisu-tisu lain. Kerana tidak boleh menyerang, ia juga tidak boleh merebak ke bahagian badan yang lain. Tumor jenis ini jarang mengancam nyawa.

Rawatan, Ubat dan Penawar Kanser
Terdapat beberapa jenis rawatan, ubat atau penawar untuk kanser. Ketahui bagaimana ia bertindak dan mengapa ia digunakan, dan dapatkan maklumat apa yang boleh diharapkan daripadanya dan bagaimana ia mungkin memberi kesan kepada anda jika anda mendapatkannya.

Pembedahan - Pembedahan boleh digunakan untuk mendiagnosis, merawat, atau membantu mencegah kanser dalam beberapa kes. Ia selalunya mempunyai peluang yang besar untuk sembuh, terutama jika kanser belum lagi merebak ke bahagian badan yang lain.

Kemoterapi - Kemoterapi(kemo) adalah penggunaan ubat-ubatan atau dadah untuk merawat kanser. Ramai yang takut untuk menjalani rawatan kemoterapi. Ia akan membantu menenangkan ketakutan sekiranya diketahui apa itu kemoterapi, bagaimana ia berfungsi, dan apa hasil yang boleh diharapkan daripadanya.

Terapi Radiasi - Terapi radiasi atau sinaran menggunakan zarah bertenaga tinggi atau gelombang untuk memusnahkan sel-sel kanser atau sel rosak. Ia adalah salah satu rawatan yang paling biasa bagi kanser, sama ada secara sendiri atau bersama-sama dengan rawatan lain.

Sel Tunjang - Sel tunjang atau stem sel kebanyakannya hidup dalam sum-sum tulang, di mana mereka berpecah untuk membuat sel-sel darah yang baru. Pemindahan sel tunjang digunakan untuk memulihkan sel-sel tunjang apabila sum sum tulang telah dimusnahkan oleh penyakit, kemoterapi atau radiasi.

Imunoterapi - Imunoterapi adalah rawatan yang menggunakan bahagian-bahagian tertentu sistem imun seseorang untuk melawan penyakit seperti kanser. Ini boleh dilakukan dengan dua cara; Merangsang sistem imun anda untuk bekerja lebih keras atau lebih bijak untuk menyerang sel-sel kanser atau memberikan anda komponen sistem imun, seperti protein sistem imun. Namun terdapat protein tertentu yang membantu sel-sel kanser berkembang.

Baca Tips Mencegah Kanser Di Sini

#JomSihat 
#SihatSambilBeramal 
#BloodTestKtn 
#UjianDarah 
#MutiaraSynergy 

Mutiara Synergy Consultant 
~Giving The Gift of Life~

Tekanan Darah Selamat



Tekanan darah tinggi adalah berbahaya – apabila tekanan darah (BP) adalah tinggi dan kekal tinggi (keadaan yang dikenali sebagai hipertensi), risiko anda mengalami keadaan berkaitan kardiovaskular, seperti serangan jantung dan strok, meningkatkan secara mendadak.

Sunday 13 November 2016

Caj Hospital Kerajaan Naik 50 Peratus





KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan dijangka menaikkan caj wad dan rawatan di seluruh hospital kerajaan di negara ini sehingga 50 peratus mulai Disember ini.
Kenaikan tersebut didakwa melibatkan pesakit-pesakit yang dirawat di kelas 1 dan kelas 2. Kenaikan itu juga dikatakan melibatkan semua jenis rawatan untuk warganegara seperti bayaran wad am dan wad bersalin, rawatan pesakit ditahan dalam wad, fisioterapi, radioterapi dan nuklear, nefrologi serta psikiatri.
Namun begitu bagi pesakit warganegara yang memilih untuk dirawat di kelas 3, caj wad dan rawatan kekal dengan kadar lama.
Difahamkan, taklimat berhubung kenaikan caj perubatan di hospital-hospital kerajaan itu sedang berlangsung secara berpe­ringkat melibatkan semua zon di seluruh negara sejak Oktober lalu.
Selepas itu, berkuat kuasa 1 Disember ini atau selewat-lewatnya awal Januari 2017, semua caj rawatan di hospital kerajaan akan dinaikkan 50 peratus.
Dianggarkan sebanyak 75 pe­ratus daripada 31 juta penduduk negara ini memilih hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan berbanding hanya 25 peratus yang memilih hospital swasta.
Ketika ini Malaysia mempunyai 143 buah hospital kerajaan de­ngan 41,389 buah katil manakala 183 buah hospital swasta dengan 12,000 katil.
Satu sumber di Kementerian Kesihatan memberitahu, antara alasan utama kenaikan tersebut dise­babkan caj rawatan di hospital kerajaan didakwa tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1982.
Selain itu, kenaikan tersebut juga didakwa dibuat ekoran caj rawatan di hospital-hospital kerajaan masih rendah jika dibanding dengan negara-negara ASEAN lain.

Dipetik dari Akhbar Kosmo 14 November 2016
Sumber: Kosmo


#JomSihat 
#SihatSambilBeramal 
#BloodTestKtn 
#UjianDarah 
#MutiaraSynergy 

 Mutiara Synergy Consultant 
~Giving The Gift of Life~

Remaja 11 Tahun Mengalami Kerosakan Usus Besar


KUALA LANGAT - Tatkala melihat kelincahan Puteri Aien Hairul Sha, 11, siapa sangka dia sebenarnya mengalami implikasi kerosakan usus besar (severe enterocolitis).

Ibunya, Murni Moain, 34, berkata, anak sulungnya itu berdepan dengan masalah untuk membuang air besar sejak berumur setahun sehingga terpaksa berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan. 

Menurutnya, selepas menjalani pembedahan April lalu, sebahagian usus terpaksa dikeluarkan untuk proses perkumuhan sementara menunggu proses seterusnya.

“Akak reda dengan apa yang berlaku dan yakin Aien dapat kembali normal seperti sedia kala apabila doktor pun bagi tahu keadaan ususnya boleh dipulihkan.

“Cumanya akak risau bila Aien ni terlalu aktif, takut boleh ganggu proses pemulihan seterusnya.. kemudian untuk kembali normal pula akak bimbang lambat,” katanya yang mengakui anaknya sangat aktif dan gemar bermain bola jaring.

Murni berkata, hanya bergantung dengan pendapatan suaminya yang bekerja kilang sebanyak RM900, sudah pasti ia tidak mencukupi untuk menyara keluarga termasuk seorang lagi anak perempuannya berusia tiga tahun.

“Buat masa ini Lembaga Zakat memang beri bantuan ostomy bag dua kotak bernilai RM400 dan kami terpaksa beli lagi satu kotak tambahan.

“Lain-lain tu kos beli susu khas, vitamin, pencuci (steril) untuk bersihkan kawasan usus Aien kami terpaksa tanggung sendiri,” katanya ketika menerima kunjungan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kanchong Darat, Samingan Samin bersama Pengerusi Belia 4B Kuala Langat, Hafez Shuriddin di rumahnya di Kanchong Darat.

Bapa Aien, Hairul Sha Juberi, 37, anaknya pernah beberapa kali dimasukkan ke wad dan mendapatkan rawatan di unit kecemasan namun bersyukur anaknya masih sihat.

“Apa yang saya harapkan proses pemulihan anak saya ni akan segera beransur pulih, walaupun saya faham ia bergantung kepada aktiviti anak saya sendiri.

“Tapi saya yakin anak kami dapat kembali sihat seperti anak-anak lain,” katanya Aien kini mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Dipetik dari akhbar Sinar Harian 10 November 2016
Sumber: Sinar Harian

#JomSihat 
#SihatSambilBeramal 
#BloodTestKtn 
#UjianDarah 
#MutiaraSynergy 

Mutiara Synergy Consultant 
~Giving The Gift of Life~

Hidup Sukar Akibat Penyakit Gout



BENTONG - Nasib seorang warga emas di Felda Sungai Kemahal, di sini, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila penyakit gout dihidapi sejak 10 tahun lalu bukan sekadar menyebabkan dia kini tidak mampu berjalan, malah terpaksa melalui kehidupan sukar.

Osman Puteh, 70, tidak mampu meneruskan urusan harian seperti sediakala dan kerja-kerja menguruskan ladang terpaksa diambil alih oleh anaknya, Zakaria berikutan penyakit dihidapinya semakin teruk sejak awal tahun lalu. 

Rakannya, Mohamed Shaipudin Baba, 49, berkata, Osman sudah lama menghidap gout dan pembedahan dilakukan, tidak menunjukkan perubahan positif. 

“Sebelum ini penyakitnya tak menyerang berterusan dan dia boleh buat kerja macam biasa. Tapi sejak awal tahun lalu dia tak boleh berdiri.

“Serangan gout paling teruk dialami Osman adalah pada November tahun lalu yang mana kaki dan tangannya jadi kebiruan dan bengkak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohamed Shaipudin berkata, kaki Osman belum sembuh selepas menjalani pembedahan dan kini rakannya itu masih menjalani rawatan susulan serta hanya terbaring di atas katil kerana perlu lebih rehat.

Menurutnya, tugas menyara keluarga terpaksa dipikul Zakaria dan hasil pendapatannya yang hanya membuat kerja kampung tidak mencukupi, menyebabkan mereka sekeluarga hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

“Sekarang ini Osman terima rawatan di klinik kerajaan tapi katanya tak beri kesan.

Dia terpaksa beli ubat di klinik swasta kerana lebih berkesan kepada dirinya.

“Tapi harga ubat itu RM100 dan perlu diambil sekali seminggu. Kos perubatan memang jadi beban buat Zakaria sekeluarga dan itu belum masuk kos suntikan sekiranya penyakit gout tak dapat dikawal,” katanya.

Mohamed Shaipudin berkata, Osman telah memohon untuk mendapatkan bantuan daripada JKM, namun belum mendapat sebarang jawapan. 

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya menerusi akaun CIMB milik Zakaria bernombor 7616945062.

Dipetik dari akhbar Sinar Harian 3 November 2016  
Sumber: Sinar Harian

#JomSihat 
#SihatSambilBeramal 
#BloodTestKtn 
#UjianDarah 
#MutiaraSynergy 

Mutiara Synergy Consultant 
~Giving The Gift of Life~

Bahaya Ubat Terhadap Kanak-Kanak


Rumusan wawancara bertajuk "Penggunaan Ubat di Kalangan Kanak-Kanak" pada 12 November 2016 di Rancangan Assalamualaikum, TV Al Hijrah.

1. Penggunaan ubat batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak berumur bawah dua tahun adalah tidak digalakkan.

2. Tidak semua ubat yang selamat digunakan oleh orang dewasa boleh digunakan untuk kanak-kanak.

3. Ubat batuk dan selsema boleh menyebabkan sawan, gangguan pernafasan, peningkatan kadar degupan jantung dan kematian pada kanak-kanak.

4. Batuk dan selsema biasa akan sembuh sendiri tanpa rawatan dalam masa 5-7 hari. Penggunaan ubat batuk dan selsema tidak dapat mempercepatkan proses penyembuhan. 

5. Pastikan anak anda mendapat bekalan cecair secukupnya. Gunakan titisan garam isotonik untuk mencairkan hingus dan mukus. Sedut hingus dari hidung menggunakan penyedut yang boleh dibeli di farmasi.

6. Gunakan alat penyukat yang sesuai seperti picagari sewaktu memberi apa-apa jenis ubat-ubatan kepada bayi dan kanak-kanak.

7. Sekiranya bayi anda demam, dapatkan pemeriksaan dari doktor dengan segera. Suhu yang tinggi di kalangan bayi boleh menyebabkan berlaku komplikasi yang lebih serius.

8. Ubat menurunkan suhu seperti paracetamol adalah selamat digunakan untuk bayi. Ikut arahan berkenaan dos dan cara penggunaan seperti yang diterangkan oleh doktor atau ahli farmasi.

9. Sekiranya anak anda memerlukan vitamin tambahan, dapatkan produk yang sesuai dengan umur anak anda. 

10. Sentiasa peka dengan label ubat. Tanya ahli farmasi sekiranya terdapat kekeliruan berkaitan ubat-ubatan anda.

Fahmi Hassan (F. H. Abad)
fb.com/fahmiabad

#JomSihat
#SihatSambilBeramal
#BloodTestKtn
#UjianDarah
#MutiaraSynergy

 Mutiara Synergy Consultant 
~Giving The Gift of Life~

Buah dan Jantung


Kajian selama tujuh tahun yang melibatkan hampir setengah juta subjek menyimpulkan bahawa pengambilan buah-buahan setiap hari mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak 40%.

Saturday 12 November 2016

Kambing oh Kambing



Kenapa Rasa Pening Lepas Makan Kambing...???​

Jawapannya kerana daging kambing pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti:​​

​Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.​

​Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.​

​Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.​

​KHASIAT DAN KELEBIHAN DAGING KAMBING:​

​Mencantikkan Kulit​
​Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.​

​Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.​

​Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.​

#JomSihat
#SihatSambilBeramal
#BloodTestKtn
#UjianDarah
#MutiaraSynergy

 Mutiara Synergy Consultant
~Giving The Gift of Life~