Pages

Mengenai Kami


Mutiara Synergy Consultant adalah sebuah syarikat bumiputera yang mula ditubuhkan pada September 2015 merupakan sebuah syarikat yang menekankan kepentingan kesihatan terhadap seseorang individu. MSC mengambil bidang kesihatan sebagai tunjang utama sejak penubuhan kerana tahap kesedaran dan persediaan dikalangan masyarakat berada di tahap yang membimbangkan. Oleh itu, MSC menyediakan perkhidmatan seperti pemeriksaan dan saringan kesihatan secara percuma dan perkhidmatan ujian darah komprehensif.

Antara kekuatan MSC adalah dari segi perkhidmatan dimana bayaran yang dikenakan untuk menjalani ujian darah komprehensif adalah sangat kompetitif bagi memudahkan pelanggan. Pihak MSC bersama kakitangan makmal akan datang ke lokasi pelanggan untuk pengambilan sampel darah tanpa perlu pelanggan ke makmal atau mana-mana hospital. Laporan ujian darah tersebut akan tersedia dalam tempoh 3 hari dan MSC sekali lagi akan datang ke tempat pelanggan untuk penyerahan laporan tersebut. 

Kini, MSC bekerjasama dengan Pantai Premier Pathology bagi menjalankan program ujian darah komprehensif tersebut. MSC mensasarkan untuk berkhidmat kepada 1 juta pelanggan yang menjalani pemeriksaan kesihatan menjelang tahun 2020.

Antara perkhidmatan lain yang disediakan MSC adalah khidmat nasihat dalam pengurusan unit amanah yang menepati unsur Syariah. Pelaburan Mara Berhad (PMB) merupakan pilihan utama MSC kerana kesemua 15 dana yang disediakan adalah dana patuh syariah dan tiada percampuran dengan mana-mana dana konvensional yang lain. Pelaburan atau dana-dana yang dilakukan oleh setiap individu akan diuruskan oleh pihak professional di bawah kelolaan Syarikat Pengurusan Unit Amanah Saham atau dikenali sebagai Unit Trust Management Company (UTMC)

Selain daripada itu, MSC turut bergiat aktif dalam industri pemakanan seperti penghasilan pes ikan bakar dan pes ini juga boleh digunakan untuk semua jenis makanan laut. Perusahaan ini dikelolakan di bawah Mutiara Food Industri dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelanggan. 

1 comment:

  1. maaf tuan, saya terlepas pandang komen. tuan boleh hubungi saya di 019-944 9444 untuk lebih cepat.

    ReplyDelete